Home > Ilmu > Kelebihan Majlis Ilmu

Kelebihan Majlis Ilmu

Kelebihan Majlis Ilmu

Assalamualaikum & salam sejahtera
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda:
Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit.

Allah s.w.t bertanya para malaikat meskipun Allah mengetahui pergerakan mereka:
“Dari mana kamu datang?”
Malaikat menjawab:“Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia.
Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu.”

Allah s.w.t berfirman:“Apakah yang mereka pohonkan.?”
Para Malaikat menjawab:“Mereka memohon Syurga dari-Mu.”

Allah berfirman:“Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku?”
Para Malaikat menjawab:“Belum, wahai Tuhan.”

Allah berfirman:“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Syurga-Ku?”
Malaikat berkata lagi:“Mereka juga memohon daripada-Mu perlindungan.”

Allah berfirman:“Mereka pohon perlindungan-Ku dari apa?”
Malaikat menjawab:“Dari Neraka-Mu, wahai tuhan.”

Allah berfirman:“Apakah mereka pernah melihat Neraka-Ku?”
Malaikat menjawab:“Belum.”

Allah berfirman:“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Neraka-Ku.”
Malaikat terus berkata:“Mereka juga memohon keampunan-Mu.”

Allah
berfirman:“Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada
mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala
kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan.”

Malaikat
berkata lagi:“Wahai tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang
hamba-Mu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk
menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa
ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di
majlis itu.”

Allah berfirman:“Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.”

Categories: Ilmu Tags: ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: